Wednesday, 11 September 2013

Tip Cerai Susu Botol - Satu Pengalaman

Teks: Ashikin Hashim



Ini adalah pengalaman saya sendiri di mana apabila anak-anak cerai susu botol, maka mereka akan tidur lena dan senang dikendalikan. Ramai yang bertanya bilakah masa yang sesuai untuk cerai susu botol dan bagaimanakah caranya. InsyaAllah akan saya kongsikan di sini.

Pertamanya, mengapa kita harus memberhentikan botol susu kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas? Di bawah adalah keburukan botol susu bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas:

1. Anak akan suka menyusu dan kurang makan kerana mereka sudah kenyang susu.

2. Kebanyakan ibubapa yang mempunyai anak yang menghisap susu botol, mereka akan menjadikan botol susu sebagai cara untuk mendiamkan anak atau menidurkan mereka. Jadi apabila terjaga malam, ibubapa akan memberikan susu untuk menidurkan mereka semula sedangkan itu bukan cara yang bagus untuk mereka.

3. Ibubapa terpaksa membawa peralatan menyusu ke sana sini termasuklah ketika melancong.

4. Tahap kesihatan anak yang menghisap susu botol juga tidak menentu jika ibubapa tidak menjaga kebersihan dengan sebaiknya. Penyakit yang selalu di hadapi adalah cirit birit.

5. Anak akan kerap bangun malam. Sebenarnya adalah normal bayi dan kanak-kanak bangun malam 4 hingga 6 kali. Tetapi jika kita memberikan susu setiap kali anak bangun supaya dia tidur semula maka dia tidak akan tidur semula selagi tidak mendapat susu.

Suatu Pengalaman - Tip Mudah Cerai Susu Botol

1. Ibu mesti bersedia dan yakin.

   " Ummi yakin Wajdi sudah besar dan bersedia untuk berhenti susu botol! "

2. Jangan tawarkan selagi anak tidak minta.

3. Lengahkan jika anak minta botol susu.

    " Ummi, nak susu! "

    " Boleh tapi Wajdi tolong Ummi dulu. Boleh? "

4. Kurangkan kuantiti susu. Jika kita biasa buat 200ml pada satu-satu masa, kurangkan sedikit demi sedikit.

     Malam minggu pertama: 200ml

     Malam minggu kedua: 150ml

     Malam minggu ketiga: 100ml dan seterusnya sehingga kita tidak menawarkan susu kepada anak.

5. Tidak membawa susu botol ketika berjalan. Tetapi ibu perlu maklumkan kepada anak supaya dia bersedia.

6. Gantikan sesi menyusu ketika sebelum tidur dengan aktiviti lain seperti bercerita atau menyanyi sambil menggosok lembut badan anak sehingga dia tertidur.

Kesan positif selepas berhenti susu

1. Anak akan mudah makan dan selera bertambah

2. Anak akan lebih berdikari

3. Anak tidak bangun malam/kurang bangun malam

4. Anak akan mudah diajar untuk tidak memakai lampin kerana kurang membuang air kecil

5. Ibu akan dapat tidur yang cukup juga!

Semoga ada manfaatnya untuk semua.


Hubungi Ashikin Hashim untuk jemputan ceramah/motivasi pendidikan awal kanak-kanak untuk ibubapa dan guru tadika di 0193354522


1 comment:

  1. anak saya tahun nie dah masuk 4tahun..tapi masih minum susu botol..dia selalu cakap kat saya jangan letak botol susu dalam beg sekolah..tapi saya takut nnt kat sekolah tiba2 pulak dia minta susu susah pulak cikgu dia nak handle..weekend nie nak cuba tak bagi susu waktu siang la..kalau 2 hari nie berjaya saya takkan bekalkan susu ke nursery lagi..harap2 menjadi..boleh jimat duit belanja beli susu:)

    ReplyDelete

Google+ Followers