Wednesday 2 April 2014

Perlukah Anak Saya Menggunakan 'Walker'?

Teks: Ashikin Hashim

 

Saya tidak pernah menggunakan walker untuk ketiga-tiga anak saya.
Ada yang bertanya mengapa. Ini jawapan saya:

1. Pakar kesihatan dan keselamatan luar negara sangat tidak menggalakkan penggunaan baby walker kerana banyaknya kemalangan yang melibatkan baby walker ini. Ya, betul, merangkak di atas lantai juga terdedah kepada kemalangan dan anak sering terlentang atau terhantuk namun penggunaan baby walker lebih membahayakan kerana ia memberikan extra ketinggian, extra kelajuan dan mendedahkan anak kepada banyak bahaya lain.

2. Baby walker adalah tidak stabil di atas tempat yang tidak rata. Maka sudah tentu ia terdedah kepada kemalangan dan berbahaya kepada bayi. Tahukah anda bahawa di Kanada, penjualan baby walker adalah diharamkan? (The Dangers of Baby Walkers, The New York Times, 22 February 2010)

3. Baby walker melambatkan perkembangan skil motor anak- kita menyangka mereka akan cepat berjalan tetapi sebenarnya kita tidak mengikuti perkembangan semulajadinya di mana kita telah meninggalkan proses merangkak yang sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada anak. Baca artikel saya berkenaan kebaikan merangkak di sini.

4. Kita menyangka bahawa apabila kita membiarkan anak di dalam baby walker, anak akan dapat ditinggalkan sebentar dan kita dapat melakukan kerja lain. Realitinya, penggunaan baby walker memerlukan extra penjagaan kerana walker bergerak 1 meter dalam sesaat. Jadi kemalangan boleh berlaku sebelum kita sempat memberhentikannya.

5. Lebih mengejutkan, kajian luar negara mendapati, penggunaan baby walker juga menyebabkan perkembangan mental anak menjadi lambat (Alan Greene, M.D., is the founder of the Web site DrGreene.com)

Saya lebih gembira melihat anak merangkak ke sana sini daripada menggunakan walker kerana ianya lebih bahaya untuk anak-anak saya. Tangan, kaki serta leher mereka berkembang dengan baik dan ia juga membina fokus anak menjadi lebih baik ketika mereka melalui proses merangkak.


Artikel Terbaru Ashikin Hashim

Dapatkan Majalah Era Muslimah ISU 23.
Ikuti dan baca artikel Ashikin Hashim yang terbaru ' Menangani Anak Yang Mengamuk '.