Sunday, 22 June 2014

Buku Ashikin Hashim Sudah Terbit!

Alhamdulillah!

Dengan rasminya buku sulung Ashikin Hashim sudah berada di pasaran sekarang.
Dapatkan di kedai buku - kedai buku utama seperti MPH dan POPULAR.

Jika anda ingin mendapatkan terus daripada penulis Ibu Bijak, Anak Bahagia, sila taip NAK BUKU dan hantarkan kepada 019-3354522.


Wednesday, 14 May 2014

Teknik Asyik Baca oleh Ashikin Hashim


Alhamdulillah!

Ashikin Hashim sudah menerbitkan ebook Suku Kata Teknik Asyik Baca.
Dapatkan dengan harga RM15.



Apakah Teknik Asyik Baca

1.Teknik Asyik Baca adalah salah satu teknik daripada pelbagai teknik membaca yang ada di pasaran.


2.Ianya bukan bertujuan untuk menandingi teknik-teknik sedia ada namun hanya sebagai pelengkap dan alternatif kepada ibu bapa dan guru.


3.Teknik ini telah diaplikasikan oleh pengasasnya, Ashikin Hashim sejak tahun 2010 kepada anak-anak beliau.


4.Teknik ini hanya dikatakan berjaya jika dilakukan dengan tunjuk ajar pengasasnya dan konsisten untuk mendapat hasil yang baik.


5.Teknik ini adalah teknik menggunakan suku kata. Ia adalah teknik cepat TANPA menggunakan kaedah mengeja.


6.Pengasas teknik ini percaya bahawa semua anak mempunyai potensi yang sama dan istimewa. Hanya hasil usaha ibu bapa dan guru yang menentukan keberhasilannya.


7.Apa jua yang yang dilakukan bersama anak, hendaklah mengikut keperluan dan perkembangannya. Amat penting bagi ibu bapa dan guru mendalami pendidikan awal


Ebook ini memudahkan anda mengajar anak-anak kerana ia boleh dibawa ke mana-mana dengan menggunakan smartphones, laptop/komputer, gajet seperti IPAD.




Beginilah rupa ebook Suku Kata Teknik Asyik Baca (1) apabila dibuka dan di baca dari smartphones.


























HARGA EBOOK INI: RM15


Monday, 5 May 2014

Bengkel Untuk Anak dan Ibu

Jangan lepaskan peluang ini!
Ketahui bagaimana seni dan kraf dapat merangsang minda anak.
Daftar segera kerana tempat adalah terhad.


Wednesday, 2 April 2014

Perlukah Anak Saya Menggunakan 'Walker'?

Teks: Ashikin Hashim

 

Saya tidak pernah menggunakan walker untuk ketiga-tiga anak saya.
Ada yang bertanya mengapa. Ini jawapan saya:

1. Pakar kesihatan dan keselamatan luar negara sangat tidak menggalakkan penggunaan baby walker kerana banyaknya kemalangan yang melibatkan baby walker ini. Ya, betul, merangkak di atas lantai juga terdedah kepada kemalangan dan anak sering terlentang atau terhantuk namun penggunaan baby walker lebih membahayakan kerana ia memberikan extra ketinggian, extra kelajuan dan mendedahkan anak kepada banyak bahaya lain.

2. Baby walker adalah tidak stabil di atas tempat yang tidak rata. Maka sudah tentu ia terdedah kepada kemalangan dan berbahaya kepada bayi. Tahukah anda bahawa di Kanada, penjualan baby walker adalah diharamkan? (The Dangers of Baby Walkers, The New York Times, 22 February 2010)

3. Baby walker melambatkan perkembangan skil motor anak- kita menyangka mereka akan cepat berjalan tetapi sebenarnya kita tidak mengikuti perkembangan semulajadinya di mana kita telah meninggalkan proses merangkak yang sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada anak. Baca artikel saya berkenaan kebaikan merangkak di sini.

4. Kita menyangka bahawa apabila kita membiarkan anak di dalam baby walker, anak akan dapat ditinggalkan sebentar dan kita dapat melakukan kerja lain. Realitinya, penggunaan baby walker memerlukan extra penjagaan kerana walker bergerak 1 meter dalam sesaat. Jadi kemalangan boleh berlaku sebelum kita sempat memberhentikannya.

5. Lebih mengejutkan, kajian luar negara mendapati, penggunaan baby walker juga menyebabkan perkembangan mental anak menjadi lambat (Alan Greene, M.D., is the founder of the Web site DrGreene.com)

Saya lebih gembira melihat anak merangkak ke sana sini daripada menggunakan walker kerana ianya lebih bahaya untuk anak-anak saya. Tangan, kaki serta leher mereka berkembang dengan baik dan ia juga membina fokus anak menjadi lebih baik ketika mereka melalui proses merangkak.


Artikel Terbaru Ashikin Hashim

Dapatkan Majalah Era Muslimah ISU 23.
Ikuti dan baca artikel Ashikin Hashim yang terbaru ' Menangani Anak Yang Mengamuk '.



Tuesday, 11 March 2014

Motivasi Buat Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Teks: Ashikin Hashim
Foto: Google

Setiap hari saya berhadapan pelbagai kerenah anak-anak. Setiap hari juga saya melihat bagaimana guru mengajar dan menyantuni anak-anak. Penekanan saya adalah tertumpu kepada pengajaran dam pembelajaran anak-anak yang berumur 4 sehingga 6 tahun. Bagaimanakah anak-anak di dalam linkungan umur begini dapat belajar dengan baik? Sudah semestinya faktor terbesar yang membantu perkembangan anak-anak di dalam linkungan umur begini adalah guru-guru yang baik.

Apakah kriteria guru pendidikan awal kanak-kanak yang baik?

1. Berilmu

 

Perlu difahami bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah pendidikan yang sangat penting. Guru yang baik adalah guru yang sentiasa mendalami dan belajar ilmu-ilmu di dalam pendidikan awal kanak-kanak. Tanpa ilmu yang baik dan cukup, mana mungkin seorang guru pendidikan awal kanak-kanak memahami kerenah, kehendak, keperluan dan perkembangan yang sesuai dengan anak-anak ini.

Sebagai contohnya, apakah silibus yang sesuai untuk diajarkan kepada anak-anak berumur 4 tahun? Bagaimana menyesuaikan dengan kemampuan dan tahap pemikirannya? Berapa lama pula ruang fokus bagi anak 4 tahun? Ini semua perlu diambil kira. Cara pengajaran yang bagaimana pula sesuai dengan mereka? Jadi, ini semua memerlukan ilmu. Dapatkanlah ilmu-ilmu ini daripada training-training yang disediakan oleh pihak sekolah atau laburkan sedikit wang untuk pergi ke mana-mana kelas atau training yang begitu banyak diadakan kini.

Ilmu pendidikan awal kanak-kanak juga boleh didapati daripada pembacaan buku dan juga blog mahupun websites tertentu. Baca dan terus membaca.

2. Sabar

 

Jika tiada sifat sabar, maka kita tidak sesuai untuk menjadi guru pendidikan awal kanak-kanak. Sifat sabar sangat penting kerana anak-anak sebesar ini belajar mengikut peringkat dan kemampuan mereka. Mereka tidak akan terus dapat apa yang kita ajar, tunjuk dan baca. Bagi sesetengah anak, mereka mengambil masa untuk menghafal atau mengingati sesuatu. 

Panggillah mereka dengan penuh kasih sayang. Santuni mereka kerana mereka punya hak untuk dihormati dan disantuni seperti kita. Panggilan seperti "hoi! hei!" adalah sangat tidak bertamadun kerana mereka semua mempunyai nama untuk dipanggil. 

TIP: Jika anak bising, panggillah nama mereka dengan baik. INGAT, mereka berumur 4-6 tahun bukan 20-40 tahun. Mereka belum matang, jika mereka berfikir, mereka berfikir dalam masa yang lama. Dia tidak menjawab kerana dia memikirkan sesuatu. Dia terlalu bising kerana banyak perkara yang bermain di fikirannya dan tidak sabar untuk berkongsi bersama rakan dan guru. Mereka menangis kerana perlukan perhatian. Mereka lambat kerana ini baru pertama kali mendengarnya, baru pertama kali datang ke sekolah.

3. Kreatif

 

Guru yang baik adalah guru yang kreatif. Perlu diingat bahawa anak-anak linkungan umur 4 hingga 6 tahun bukan seperti pelajar kolej yang duduk diam di kerusi masing-masing dan hanya mendengar apa yang diperkatakan oleh guru di hadapan kelas.

Guru pendidikan awal kanak-kanak, adalah guru yang cergas, yang tidak boleh duduk diam, yang sentiasa ada benda baru untuk diajar, yang sentiasa ada cara baru untuk menyampaikan pembelajarannya dan sentiasa mahu anak-anak yang diajarnya responsif dan aktif di dalam kelas.

4. Positif dan Penyayang

 

Sifat ini sangat perlu bagi seorang pengamal pendidikan awal kanak-kanak. Bagi anak yang agak lambat perkembangannya, kita akan sentiasa positif bahawa dia akan mengambil masa sedikit dan tidak akan putus asa. Sifat penyayang pula amat perlu kerana membuat kesilapan adalah biasa bagi anak-anak sekecil ini. Jika tidak penyayang, maka mustahil untuk anak-anak ini dapat belajar dengan baik.

Ashikin Hashim boleh dijemput untuk memberikan ceramah, bengkel atau latihan kepada ibubapa dan guru-guru dalam bidang pendidikan anak-anak. Hubungi puan.ashikinhashim@gmail.com

Saturday, 8 March 2014

Bercerita

Teks: Ashikin Hashim
Foto: Koleksi Peribadi

Alhamdulillah hari ini saya dijemput oleh Puan Azah Ibrahim dari Shah Alam untuk bercerita di majlis ulangtahun kelahiran 2 orang puteri beliau. Saya kongsikan sesi ini bersama pembaca setia blog ini. Kepada yang ingin menjemput untuk mengadakan sesi bercerita, berikut adalah apa yang biasanya saya lakukan di dalam sesi ini.

- Bercerita - 15 ke 20 minit

- Sesi mewarna, origami atau kolaj - 20 minit

- Menyanyi dan slot energizers - 10 minit

- Hadiah untuk pendengar yang aktif dan responsif

Bayaran yang dikenakan adalah RM300 sejam.

Hubungi:
puan.ashikinhashim@gmail.com
0193354522







Ashikin Hashim boleh dijemput untuk bercerita, memberikan ceramah, latihan atau bengkel kepada ibubapa dan guru dalam pendidikan awal kanak-kanak. Hubungi puan.ashikinhashim@gmail.com

Google+ Followers