Monday 17 February 2014

Aktiviti Mudah Merangsang Minda Anak

Teks: Ashikin Hashim

1. Kolaj (Umur 2 - 6 tahun)

    Bahan yang digunakan:
    1. Kertas lukisan

    2. Kertas warna

    3. Gam

Aktiviti ini membina kemahiran motor halus anak. Caranya adalah dengan melukis gambar bersaiz besar seperti sebiji buah epal. Anak akan mengoyak sendiri kertas warna menjadi potongan yang lebih kecil. Kemudian anak akan lekatkan kertas warna tersebut mengikut bentuk epal tadi.



2. Give Me Five (Umur 2 - 6 tahun)

 Bahan yang digunakan:
 1. Tangan anak

 2. Magic Color

 3. Kertas warna

 4. Gunting

 5. Gam

Lukis tangan anak mengikut ukuran dan bentuknya. Ajar anak untuk melakukannya sendiri. Kemudian    ajar anak untuk menggunting bentuk tangan tersebut. Lekatkan tangan anak yang tertulis namanya di pintu bilik atau peti sejuk.

3. Fish Puzzle (Umur 4 - 6 tahun)




Bahan yang digunakan:
1. Colored A4 paper

2. Gunting

3. Gam

4. Warna

5. Kertas A4

Lukis bentuk ikan yang mudah. Potongkan kepada kepingan-kepingan. Atau ajar anak potong bentuk-bentuk itu sendiri. Warnakan. kemudian ajar anak untuk mencantum bahagian ikan tersebut dengan melekatkan bahagian-bahagian tersebut.

4. Jom Parking Kereta! (3 - 6 tahun)



Barang yang digunakan:
1. Kereta mainan bersaiz kecil

2. Template parking kereta

Permainan ini amat disukai anak-anak. Mereka dapat mengenal huruf dan juga nombor.

Banyak lagi permainan dan aktiviti yang saya akan kongsikan. Saya akan kumpulkan 100 permainan dan aktiviti ini di dalam ebook saya yang terbaru. Nantikan!

11 comments:

  1. wah.. beh nya..dah boleh buat ebook.. tahniah.. beh juga pelajaran nie.. sesuai utk kindy or home-school nie....

    kuazue.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah ada ebook yang pertama puan :) Pesona Didik Anak Cara Sunnah. Puan boleh tengok di blog rasmi www.didikcarasunnah.blogspot.com :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. ada ebook ke pasal aktiviti kanak2? saya berminat

    ReplyDelete
  3. Bagusnya..saya nak cuba utk anak saya..parking kereta tu belum buat.

    Tq ye puan..ilmu yg sgt bermanfaat.

    Jom jln2 blog saya..

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan,wah perkongsian yang bagus untuk anak2..
    boleh try jugak ni..

    http://byummufayyadh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. good info ni..thank you atas perkongsian. boleh latih anak saya lepas ni.. :)

    jemput singgah ke blog saya ye.. KENAPA BERAT BADAN BAYI KURANG

    ReplyDelete
  6. good info ni..thank you atas perkongsian. boleh latih anak saya lepas ni.. :)

    jemput singgah ke blog saya ye.. KENAPA BERAT BADAN BAYI KURANG

    ReplyDelete
  7. singgah sini membaca tambah ilmu

    ReplyDelete
  8. Ada ebook utk aktiviti kanak2 mcmni? Sy berminat.

    ctfarahh@gmail.com

    ReplyDelete