Teks: Ashikin Hashim
Anakanda Wafi (9 tahun) dan anakanda Wasim (7 tahun) sangat suka subjek matematik. Guru yang paling rajin mengajar mereka mengira dan cinta kepada subjek ini adalah Abi mereka. Bagaimanakah Abi mereka mengajar matematik kepada mereka?
Anak kami mempunyai satu buku nota yang mencatat segala transaksi harian mereka. Apa sahaja yang berkaitan wang dan urusniaga, mereka akan menulisnya di dalam buku ini. Jika mereka menginginkan sesuatu, mereka dilatih untuk melakukan pekerjaan dan akan mendapat ganjaran atau upah selepas selesai melakukan tugas tersebut.
Contohnya, jika mahu makan aiskrim, maka mereka harus bertanya apakah tugasan yang mereka boleh lakukan bagi mendapat upah dan seterusnya mendapat upah. Apabila wang sudah mencukupi, barulah mereka boleh membeli aiskrim tersebut.
Mereka juga mempunya seekor hamster yang dibela dengan baik sekali. Segala keperluan hamster tersebut seperti makanan, akan dibeli orlh anakanda dengan menggunakan duit yang sudah dikumpul. Begitu juga jika memerlukan untuk membaiki basikal mereka.
Alhamdulillah. Tidak perlu latih tubi. Mereka belajar secara rutin dan natural. Anakanda Wafi pernah menang tempat pertama kuiz Matematik semasa darjah satu dan mendapat BAND 5 dan 6 (darjah 1 dan 2) untuk subjek matematik.
Tip berikut juga boleh digunakan oleh anda di rumah bagi menggalakkan anak-anak suka Matematik.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Matematik adalah salah satu subjek di sekolah yang paling
tidak disukai oleh sesetengah pelajar. Anda boleh memulakan langkah awal dengan
memperkenalkan konsep matematik semasa dia masih kecil. Bukanlah untuk mengajar
apa itu algebra atau apa jua konsep yang sukar, namun anda hanya memperkenalkan
nombor dan konsep mudah.
a) Gubahlah lagu anda sendiri.
Contohnya ” Satu, satu saya sayang Allah, dua, dua saya sayang Rasul ” dan
seterusnya. Contoh lain ” One little, two, little three, little
Wafi.Four, little five, little six, little Wafi….”
b) Kaitkan dengan nombor. Apabila
melakukan sesuatu kaitkan dengan nombor. Contohnya menaiki tangga, kiralah
tangga bersama-sama anak. InsyaALLAH nombor 1 hingga 20 pasti cepat dia
mengingati.
c) Beri tugasan. Jika anda ingin
anak membantu anda mengambil sesuatu, kaitlah dengan nombor. Contohnya, “Wafi,
tolong ummi ambil satu pampers.” dan ulang pula dalam english ” One only”
sambil jari anda menunjukkan satu jari.
d) Cinta buku. Belikan buku seawal
umurnya masih bayi. Memanglah bayi tidak boleh membaca tetapi anda boleh
membacakan untuknya. Pemilihan buku juga sangat penting. Pilihlah yang
mempunyai tulisan yang besar dengan font yang menarik dan sesuai untuk dibaca.
Warna juga adalah penting. Biarkan anak anda memegang buku dan belajar bahawa
membaca itu tabiat yang baik.
e) Belajar melalui persekitaran.
Tentu anda banyak menghabiskan masa bersama anak di dalam kereta kan? Jangan
biarkan anak anda di dalam kereta tanpa dia belajar sesuatu daripada alam
sekeliling yang dilihatnya. Jika anda nampak stesen minyak, kenalkan kepada
anak anda ” Tengok tu Wafi Petronas.” ” Yang tu pulak Shell” kemudian anda
tanya berapa lori yang Wafi nampak? Kiralah bersamanya. Jika lalu di TOL,
katakan padanya anda perlu membayar sejumlah wang bila ada tol. Sesekali
berikan dia wang untuk diberikan sendiri kepada petugas tol. Pasti dia suka.
f) Belajar menabung. Kenalkan anak
anda pada TABUNG. Belikan tabung yang menarik. Ajarkan mereka menabung.Tiba
masa anda kira berapa tabungannya dan simpanlah di bank.
g) Ajar berulang kali. Ketika
membacakan untuk anak atau menunjukkan kad imbas padanya, tunjukkan dengan jari
anda dan ulang berkali-kali. Contohnya, ‘ This is number ONE ‘.
h)
Bahasa.
Bahasa apa yang anda hendak ajarkan kepada anak? Tentu konflik juga dengan suami bagi menentukan bahasa
yang dia patut belajar. Ramai mengakui bahawa bahasa Inggeris lebih banyak
dipilih oleh ibu bapa sekarang kerana tuntutan semasa. Namun bahasa Melayu
tidak seharusnya dipinggirkan. Jepun dan Korea boleh maju dengan bahasa ibunda
mereka, mengapa kita tidak. Jadi tidak salah jika anda menggunakan bahasa
Melayu dan Inggeris untuk mendidik anak. Caranya, sebut di dalam Inggeris dan
kemudian ulang pula ke bahasa melayu. Contohnya, ” What is this?” dia akan jawab
” Umbrella”. Bila ulang bertanya di dalam bahasa Melayu ” Ini apa? ” dia akan
menjawab ” Payung”. Semuanya perlu diajar dan pimpin oleh anda.
Semoga disayang Allah :)
Alhamdulillah, seronok baca sharing Puan. InsyaAllah saya akan cuba amallkan pada anak-anak saya esp tentang upah untuk meminta sesuatu. Menarik. Terima kasih Puan.
ReplyDeleteJemput visit blog saya Puan. Terima kasih
http://souqvitamin.blogspot.com/2014/04/tips-dan-pengalaman-mengerjakan-ibadat.html