Assalamu'alaikum wrt wbt
Salam Kasih sayang...
Anak anda seorang yang aktif? Anak anda sering bermain? Pantang nampak bola, lori dan kereta mainan? Atau dia akan ralit bermain puzzle atau lego? Anda dapat lihat apa perkembangan dan pelajaran yang dia dapat daripada bermain? Atau anda rasa dia sekadar bermain dan membuang masa dan juga membuat sepah di rumah? Saya bongkarkan rahsia bermain di sini :)
Biasa dengar dialog begini?
“ Ya Allah, siapa buat sampai jadi macam ni???? “
“ Subhanallah, apa nak jadi kamu ni. Tak boleh duduk diam ke??? “
“ Apa yang degil sangat ni? Mak pukul nanti! “
Itulah
dialog yang sering bermain di bibir ibu bapa yang kurang tahan dengan
kerenah anak-anak. Terduga juga dengan ‘kelasakan’ dan ‘keaktifan’
mereka. Tidak cukup dengan mulut, kadang-kadang tangan juga yang sampai
ke peha dan lengan anak, dengan tujuan agar yang nakal menjadi baik
semula.
Saya
termenung seketika. Mengingati dan muhassabah diri sendiri. Saya akui
bukan mudah mendidik dan mengasuh anak-anak. Allah telah mengurniakan
kita anak yang menjadi amanah yang akbar. Di akhirat nanti pasti Allah
persoalkan, adakah amanah yang kita pikul ini, kita jaga dan didik
dengan sebaik-baiknya.
Melihat
ke wajah Wafi, Wasim dan Wajdi, benar-benar membuatkan saya terfikir.
Kadang-kadang nasi bertaburan ketika makan. Minum pun sering kali
tertumpah ke lantai. Barang permainan pasti sudah tidak sesempurna
seperti ketika mula-mula dibeli. Ada yang hilang tayar, ada yang dilekat
dengan permainan yang lain dan macam-macam lagi.
Saya termenung. Berfikir seketika. Iklan Milo dengan tagline ‘Play More, Learn More’ sangat sinonim dengan kanak-kanak.
Semalam
anakanda Wajdi minta diberikan kuih raya Almond London yang masih
berbaki. Sangka saya dia akan makan, namun dia lebih suka untuk memicit
dan memecahkannya kepada bentuk yang lebih kecil. Itu telah
membuatkannya fokus dan ralit bermain sendiri. Mungkin dia sedang
‘bereksperimen’, merasa strukturnya dan ingin tahu apa akan terjadi
kepada kuih itu.
Perlukah
kita terjerit-jerit memarahinya semata-mata tidak mahu melihat lantai
kotor. Membersihkannya tentu memenatkan walaupun ianya tidaklah seteruk
mana. Saya cuba mewajarkan. Memandang ke sisi yang lebih positif.
Daripada kita bertegang urat memarahi anak, apa kata kali ini kita
mendekatinya. Kita teroka dunianya.
“
Sayang, main apa tu….kuih ni lembut. Kalau kita picit, nanti kuih ni
berterabur, tak boleh makan. Apa kata, kita kemas sama-sama nak? “
Alangkah
indahnya jika kita sebagai khalifah Allah, memandang setiap yang
tertaklif sebagai ibadah. Pasti kita tidak akan rasa tertekan dengan
kerenah anak-anak. Malahan, keaktifannya itu boleh dijadikan bahan
pengajaran berguna buatnya.
Sabda
Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun.” Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu?
Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat
yang sensitif... . itu salah...
Apakah kebaikan bermain untuk anak?
1. Dengan bermain, mereka akan melompat, berlari, melutut, merangkak, memanjat, mengelungsur dan sebagainya. Ini melatih skil motor kasarnya dan sangat penting bagi perkembangan fizikal serta mental anak. Dengan menggerakkan semua anggota badannya, mereka dapat menggerakkan pula otot-otot kecil mereka.
2. Bermain dapat membina otot-otot kecil seperti di jari jemari anak. Aktiviti seperti mengutip benda kecil, memasukkan benda kecil ke dalam lubang, menyusun, membina blok dapat mengaktifkan jari mereka. Ini dapat membantu anak untuk cepat menulis.
3. Bermain juga dapat melatih anak untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka akan belajar berkawan, menunggu giliran, mengucapkan terima kasih, meminta maaf dan sebagainya.
4. Selain daripada itu juga, anak akan belajar mengawal emosinya. Dia akan tahu apa itu marah, kecewa, gembira, sedih, kasihan dan sebagainya.
Ini semua mereka belajar secara tidak formal di rumah mahu pun di luar rumah. Guru mereka andalah kita iaitu ibu bapa mereka sendiri.

Cuba
renung-renungkan…ramai yang boleh menjaga anak, namun tidak ramai yang
dapat mentarbiyyah mereka dengan nilai-nilai iman dan taqwa yang luhur.
Wallahua’lam.
Moga ada sedikit manfaat dari secebis pengalaman.
Wassalam.
Assalammualaikum pua.. info yang terbaik.. mohon share ye puan.
ReplyDelete