Wajdi sedang belajar menyebut huruf-huruf |
Secara
dasarnya, semua kanak-kanak suka membaca. Namun, jika kegemaran dan keinginan
membaca itu tidak dirangsang, ia akan menyukarkan anak-anak untuk pandai
membaca. Di dalam Islam itu sendiri, membaca dan menuntut ilmu itu adalah satu
tuntutan yang sangat besar kesannya.
Firman
Allah s.w.t di dalam surah Al-Alaq ayat 1-5:
“
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan
manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia. Yang
mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak
diketahuinya.”
Ayat
inilah yang diajarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w semasa awal perintah dakwah
kepada baginda. Intipati kejayaan dakwah baginda ini adalah bermula daripada
tuntutan untuk pandai membaca, menuntut ilmu dan kemudian menyebarkannya.
Ruh
inilah yang ingin kita ingin tanamkan kepada anak-anak, bahawa dengan membaca
maka Islam akan jadi terkenal dengan dakwah lisan dan penulisan. Tanpa tahu
membaca, mana mungkin untuk seorang anak yakin kepada dirinya sendiri, berani
berhadapan dengan orang lain, berbicara, bercerita dan menulis.
Tahukah
anda bahawa, semakin awal kita mendedahkan anak kepada pembacaan, semakin awal
anak boleh membaca. Seawal mana dan waktu bilakah yang paling sesuai untuk kita
mengajar anak membaca? Jawapannya seawal yang mungkin iaitu ketika bayi lagi.
Pada zaman moden ini, kemahiran membaca adalah
amat penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, seseorang itu harus menyedari
dan memiliki kemahiran membaca sejak dari awal lagi kerana tanpa kemahiran
tersebut, seseorang itu akan mengalami pelbagai kesukaran untuk menjalani
kehidupan harian di negara moden.
Pepatah
ada menyatakan, ‘a good writer is also a good reader’ bermaksud ‘ penulis yang baik
adalah juga seorang pembaca yang baik.’ Imam Syafie adalah seorang tokoh ulama’
contoh yang sangat dikagumi kerana ketokohannya dalam menulis dan bersyarah.
Hanya dengan pembacaan yang baik, kita dapat merangsang anak-anak untuk menulis
dan berbicara dengan baik.
Cuba
kita bayangkan antara anak yang pandai membaca dan tidak mahir membaca? Mereka
pasti berbeza dari segi keterampilan dalam menuntut ilmu. Anak yang pandai
membaca sangat sensitif terhadap persekitarannya dan teruja untuk mengetahui
banyak perkara. Mereka akan banyak bertanya dan mengumpul maklumat melalui
pembacaannya.
Berbanding
dengan anak yang tidak mahir membaca, mereka akan mudah merendah diri, tidak
bergaul mesra dan kadangkala tidak mahu langsung bercampur dengan orang lain.
Mereka akan rasa tersisih dan lambat mengetahui tentang sesuatu perkara.
Satu
kajian telah dilakukan di Malaysia pada tahun 2009, hampir 90 peratus daripada 3,116,200 orang kanak-kanak
bawah umur empat tahun ke bawah tidak mendapat pendedahan sebarang program pendidikan
awal kanak-kanak yang sangat penting bagi merangsang perkembangan awal
kanak-kanak.
Pelbagai langkah harus diambil bagi mengatasi
masalah tersebut daripada berlanjutan di masa depannya. Antaranya ialah ibubapa
dan guru perlu memberikan pendedahan awal untuk menggalakkan anak membaca. Oleh
yang demikian, ibubapa dan guru boleh merancang aktiviti yang bersesuaian
dengan anak.
Ibu bapa dan
keluarga merupakan golongan yang paling rapat dengan kanak-kanak. Ini jelas
terbukti melalui Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979) yang
mengatakan bahawa penglibatan keluarga dalam pendidikan awal kanak-kanak
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Jadi, pendedahan
awal terhadap pembacaan anak seharusnya bermula dari rumah.
1.
Membaca
melatih otak anak
Membaca adalah
satu tugas yang lebih kompleks dari menonton televisyen. Dengan membaca, ia
dapat menguatkan jalinan-jalinan di dalam otak.
2.
Membaca
akan memperbaiki konsentrasi anak
Membaca
memerlukan anak untuk duduk dan fokus. Jika ini dipraktikkan dan menjadi rutin,
ia dapat melatih tahap konsentrasi anak.
3.
Membaca
mengajar anak tentang dunia di sekelilingnya
Membaca membuka
minda anak untuk mengetahui banyak perkara. Apabila membaca satu perkataan, dia
mungkin bertanya pelbagai soalan.
4.
Membaca
akan menambah perbendaharaan kata dan meningkatkan skil bahasa anak
Membaca akan
mendedahkan anak dengan perbendaharaan kata yang lebih banyak dan ini akan
meningkatkan skil membaca, menulis dan bercakapnya
5.
Membaca
akan membina imaginasi anak
Membaca membuka
dan meningkatkan imaginasi anak kerana anak suka membayangkan dan kemudian dia
akan membina ayat dan pertanyaan.
6.
Membaca
akan banyak membantunya ketika di sekolah
Anak yang mahir
membaca adalah lebih Berjaya ketika di sekolah.
7.
Membaca
juga adalah salah satu bentuk hiburan kepada anak
Membaca juga
boleh menjadi salah satu bentuk hiburan dengan mempelbagaikan aktiviti membaca
seperti puzzle, suaikan, kuiz dan sebagainya
8.
Membaca
boleh merehatkan anak dan menenangkannya.
Membaca memerlukan
anak duduk dengan tenang. Ia dapat merehatkan minda dan juga badan.
Bagaimana
merangsang anak untuk membaca?
1.
Sebelum
anak didedahkan kepada bahan-bahan bacaan, anak-anak didedahkan dahulu dengan
proses perkembangan bahasanya. Di rumah kita bercakap dengan jelas kepada
mereka dan menggunakan banyak perbendahaaraan kata. Ini akan membantu mereka di
dalam proses membaca kerana mereka akan mudah menyebut perkataan-perkataan yang
mereka pernah dengar dan praktikkan.
2.
Dedahkan
minat membaca ini sejak dari awal lagi iaitu ketika anak masih bayi. Bukanlah
sesuatu yang mustahil untuk mengajar anak membaca ketika bayi. Bercakap dengan
kerap kepada bayi anda adalah satu proses awal sebelum mendedahkan mereka
kepada buku bacaa. Jadi mulakannya dari sekarang!
3.
Galakkan
anak-anak untuk bercakap seperti memberikan pandangan dan pendapat. Ini
membantu mereka untuk mempraktikkan perkataan-perkataan yang mereka dengar.
4.
Mulakan
pembacaan awal dengan buku bergambar. Kita ceritakan tentang gambar tersebut
dan kemudian galakkan pula anak untuk bercerita tentang gambar tersebut.
5.
Lakukan
aktiviti pembacaan dalam susasana yang gembira dan jauh dari tekanan. Ramai
ibubapa yang ingin anak cepat membaca, namun lakukannya dalam cara yang tidak
memaksa. Berilah anak kebebasan dan berikan dia sedikit ruang untuk belajar
dalam keadaan yang menggembirakannya.
6.
Jadikanlah
amalan membaca itu satu budaya di dalam keluarga. Jika kita adalah ibubapa yang
suka membaca, maka anak-anak juga akan rasa terangsang dengan membaca. Tiada paksaan
dan mereka akan dengan sendirinya memilih buku dan mula melihat gambar-gambar
yang menarik.
7.
Adakan
ruang khas seperti perpustakaan mini untuk anak. Beri mereka ruang untuk
memilih sendiri buku kegemaran mereka. Tidak mengapa jika hanya memilih buku
yang sama kerana ia juga bagus untuk langkah awal membaca.
Rangsangan
berterusan amat perlu bagi memastikan anak dapat membaca seawal mungkin. Semoga
dengan kemahiran membaca ini, anak akan lebih bijak, menjadi anak yang soleh dan
solehah demi kepentingan Islam.
Assalamualaikum. ..alhamdulilah anak saya memang suka membaca,drp buku sampai kotak ubat semuanya dibaca cuma cabaran saya ialah anak saya kurang fokus atau tidak berminat untuk menulis. .puan ada cara bagaimana untuk mengatasi masalah begini? Ada saya buat latihan bersamanya mengunakan whiteboard dan dia duduk menyalin semula apa yg saya tulis..timer pun saya gunakan. Bila dirumah dapat dilaksanalan tetapi bila disekolah hanya tarikh..hari dan tajuk yg dia salin
ReplyDeleteWsalam puan. Boleh saya tahu umur anak puan?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum puan, saya mempunyai anak berumur 3thn4bulan yg x berminat utk menulis dan mewarna.. Ape yg boleh saya lakukan..
ReplyDelete