Tuesday, 11 March 2014

Motivasi Buat Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Teks: Ashikin Hashim
Foto: Google

Setiap hari saya berhadapan pelbagai kerenah anak-anak. Setiap hari juga saya melihat bagaimana guru mengajar dan menyantuni anak-anak. Penekanan saya adalah tertumpu kepada pengajaran dam pembelajaran anak-anak yang berumur 4 sehingga 6 tahun. Bagaimanakah anak-anak di dalam linkungan umur begini dapat belajar dengan baik? Sudah semestinya faktor terbesar yang membantu perkembangan anak-anak di dalam linkungan umur begini adalah guru-guru yang baik.

Apakah kriteria guru pendidikan awal kanak-kanak yang baik?

1. Berilmu

 

Perlu difahami bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah pendidikan yang sangat penting. Guru yang baik adalah guru yang sentiasa mendalami dan belajar ilmu-ilmu di dalam pendidikan awal kanak-kanak. Tanpa ilmu yang baik dan cukup, mana mungkin seorang guru pendidikan awal kanak-kanak memahami kerenah, kehendak, keperluan dan perkembangan yang sesuai dengan anak-anak ini.

Sebagai contohnya, apakah silibus yang sesuai untuk diajarkan kepada anak-anak berumur 4 tahun? Bagaimana menyesuaikan dengan kemampuan dan tahap pemikirannya? Berapa lama pula ruang fokus bagi anak 4 tahun? Ini semua perlu diambil kira. Cara pengajaran yang bagaimana pula sesuai dengan mereka? Jadi, ini semua memerlukan ilmu. Dapatkanlah ilmu-ilmu ini daripada training-training yang disediakan oleh pihak sekolah atau laburkan sedikit wang untuk pergi ke mana-mana kelas atau training yang begitu banyak diadakan kini.

Ilmu pendidikan awal kanak-kanak juga boleh didapati daripada pembacaan buku dan juga blog mahupun websites tertentu. Baca dan terus membaca.

2. Sabar

 

Jika tiada sifat sabar, maka kita tidak sesuai untuk menjadi guru pendidikan awal kanak-kanak. Sifat sabar sangat penting kerana anak-anak sebesar ini belajar mengikut peringkat dan kemampuan mereka. Mereka tidak akan terus dapat apa yang kita ajar, tunjuk dan baca. Bagi sesetengah anak, mereka mengambil masa untuk menghafal atau mengingati sesuatu. 

Panggillah mereka dengan penuh kasih sayang. Santuni mereka kerana mereka punya hak untuk dihormati dan disantuni seperti kita. Panggilan seperti "hoi! hei!" adalah sangat tidak bertamadun kerana mereka semua mempunyai nama untuk dipanggil. 

TIP: Jika anak bising, panggillah nama mereka dengan baik. INGAT, mereka berumur 4-6 tahun bukan 20-40 tahun. Mereka belum matang, jika mereka berfikir, mereka berfikir dalam masa yang lama. Dia tidak menjawab kerana dia memikirkan sesuatu. Dia terlalu bising kerana banyak perkara yang bermain di fikirannya dan tidak sabar untuk berkongsi bersama rakan dan guru. Mereka menangis kerana perlukan perhatian. Mereka lambat kerana ini baru pertama kali mendengarnya, baru pertama kali datang ke sekolah.

3. Kreatif

 

Guru yang baik adalah guru yang kreatif. Perlu diingat bahawa anak-anak linkungan umur 4 hingga 6 tahun bukan seperti pelajar kolej yang duduk diam di kerusi masing-masing dan hanya mendengar apa yang diperkatakan oleh guru di hadapan kelas.

Guru pendidikan awal kanak-kanak, adalah guru yang cergas, yang tidak boleh duduk diam, yang sentiasa ada benda baru untuk diajar, yang sentiasa ada cara baru untuk menyampaikan pembelajarannya dan sentiasa mahu anak-anak yang diajarnya responsif dan aktif di dalam kelas.

4. Positif dan Penyayang

 

Sifat ini sangat perlu bagi seorang pengamal pendidikan awal kanak-kanak. Bagi anak yang agak lambat perkembangannya, kita akan sentiasa positif bahawa dia akan mengambil masa sedikit dan tidak akan putus asa. Sifat penyayang pula amat perlu kerana membuat kesilapan adalah biasa bagi anak-anak sekecil ini. Jika tidak penyayang, maka mustahil untuk anak-anak ini dapat belajar dengan baik.

Ashikin Hashim boleh dijemput untuk memberikan ceramah, bengkel atau latihan kepada ibubapa dan guru-guru dalam bidang pendidikan anak-anak. Hubungi puan.ashikinhashim@gmail.com

Saturday, 8 March 2014

Bercerita

Teks: Ashikin Hashim
Foto: Koleksi Peribadi

Alhamdulillah hari ini saya dijemput oleh Puan Azah Ibrahim dari Shah Alam untuk bercerita di majlis ulangtahun kelahiran 2 orang puteri beliau. Saya kongsikan sesi ini bersama pembaca setia blog ini. Kepada yang ingin menjemput untuk mengadakan sesi bercerita, berikut adalah apa yang biasanya saya lakukan di dalam sesi ini.

- Bercerita - 15 ke 20 minit

- Sesi mewarna, origami atau kolaj - 20 minit

- Menyanyi dan slot energizers - 10 minit

- Hadiah untuk pendengar yang aktif dan responsif

Bayaran yang dikenakan adalah RM300 sejam.

Hubungi:
puan.ashikinhashim@gmail.com
0193354522







Ashikin Hashim boleh dijemput untuk bercerita, memberikan ceramah, latihan atau bengkel kepada ibubapa dan guru dalam pendidikan awal kanak-kanak. Hubungi puan.ashikinhashim@gmail.com

Google+ Followers